Bekas pangkat dalam angkatan darat Jerman Jeneral_Infantri_(Jerman)

General der Infantrie
(Jeneral Infantri)
Insignia pangkat Heer

Jeneral Infantri adalah bekas pangkat Jeneral pasukan cawangan OF8 dalam tentera darat Jerman (Tentera Darat Imperial, Reichswehr dan Wehrmacht) dan juga dalam Tentera Darat Prusia dan Tentera Darat Austria-Hungary. Ia merupakan pangkat Jeneral ketiga tertinggi, berada dibawah Kolonel Jeneral dan Fil Marsyal. Ia setaraf dengan pangkat tiga bintang pada hari ini. Pangkat sama telah diguna pakai oleh Tentera Darat Finland (Bahasa Finland: Jalkaväenkenraali) antara perang dunia.

Pegawai kavalri Jerman yang berpangkat setaraf dipanggil General der Kavallerie dan pegawai didalam pasukan artileri dipanggil General der Artillerie. Pada tahun 1935 pihak Wehrmacht menambah beberapa pangkat seperti General der Panzertruppe (pasukan armor), General der Gebirgstruppe (pasukan gunung), General der Fallschirmtruppe (pasukan payung terjun), dan General der Nachrichtentruppe (pasukan semboyan). Di dalam Luftwaffe, pangkat setaraf ialah General der Flieger. Pangkat ini pada umumnya dirujuk hanya dalam panggilan Jeneral, tanpa menyatakan secara spesifik pasukan mana jeneral itu memerintah.

Dalam angkatan tentera moden Jerman, iaitu Bundeswehr, pangkat Generalleutnant (Leftenan Jeneral) sepadan dengan pangkat tradisi General der Infanterie. Tidak terdapat pangkat setaraf dalam tentera darat Jerman Timur, dimana ia telah digabungkan dengan pangkat Generaloberst.

pangkat junior
Generalleutnant

(Pangkat pegawai Jerman)
General der Infanterie

pangkat senior
Generaloberst